Thursday 21 July 2011

USRAH BULANAN KETUA,SETIAUSAHA DAN MKK PAS BAGI CAWANGAN2 SELURUH DUN BUKIT SELAMBAU

20 hb Julai 2011
Usrah bulanan yang menghimpunkan semua ketua dan setiausaha Pas cawangan-cawangan serta MKK PAS telah berjaya diadakan pada tarikh 20 hb Julai 2011.Usrah yang diadakan di markas PAS Pekan Sungai Lalang telah bermula dengan solat Isya' secara berjamaah dan mendapat sambutan yang amat baik dari seluruh cawangan-cawangan yang terlibat.Ramai di kalangan ajk PAS kawasan Merbok yang turut hadir memberikan sokongan, seperti Ust Fakhruddin bin Fakhrrazi,Tuan Hj Abdul Hamid bin Ibrahim dan lain-lain lagi.

Usrah dimulakan dengan taarof dari kalangan semua ahli usrah yang terlibat seterusnya penghuraian teks usrah bertajuk Usrah dan kepentingannya kepada ahli-ahli PAS.Semua ahli usrah juga berkesempatan berkongsi pengalaman,semangat dan motivasi di antara satu dengan yang lain.Seterusnya semua wakil-wakil cawangan telah berkongsi masalah dan perancangan bagi cawangan masing-masing dan berikrar akan menjadikan PAS sebagai parti yang benar-benar berperanan sebagai gerakan Islam di cawangan masing-masing. Manakala usrah bagi dun Tanjung Dawai akan diadakan pada 27 hb Julai 2011.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online