Monday 26 December 2011

HIMPUNAN ASATIZAH DAN IMAM-IMAM AKTIVIS SERTA PENYOKONG PAS MERBOK

Pada 18 hb Disember 2011,Urusan Ulama PAS kawasan Merbok telah mengadakan program Himpunan Mesra para ustaz,ustazah,imam-imam dan para ulama di kalangan aktivis juga penyokong PAS sekitar kawasan Merbok.Program diadakan di dewan Omar Mokhtar,RFC Lagenda Height,Sungai Petani bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Program dimulakan dengan ucapan pengarah program,U



st Mohd Zahir bin Ghazali seterusnya ucapan aluan daripada Tuan Hj Munir bin Che Ahmad selaku wakil daripada AJK PAS Kawasan.

Antara pengisian sepanjang program adalah Ceramah dan motivasi oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kedah,Tuan Syeikh Mohammad bin Abdullah di samping sesi soal jawab bersama peserta.Berbagai persoalan telah dilontarkan oleh peserta dan dikongsi jawapannya oleh penceramah.Majlis diakhirkan dengan tazkirah oleh AJK Dewan Ulama PAS Pusat,Profesor Sulaiman.Majlis yang dihadiri hampir 50 orang peserta tersebut berakhir dengan jayanya.

Sunday 4 December 2011

PERANAN TARBIAH DI DALAM MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN

3 Dis 2011.Bertempat di markas PAS kawasan Pokok Sena,pemangku ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Merbok Ust Mohd Zahir bin Ghazali telah menyampaikan ceramah motivasi bertajuk "Peranan Tarbiah Di Dalam Mempertahankan Kemenangan" Program dianjurkan oleh Lajnah Tarbiah dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pokok Sena.Ijtima' tarbiah tersebut bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang turut diisi dengan berbagai pengisian dalaman bagi membina keperibadian dan kekuatan muslimat untuk mendepani cabaran perjuangan PAS yang semakin mencabar.

SEMINAR MEDIA BARU ANJURAN LAJNAH PENERANGAN DPPKM BERSAMA URUSAN ULAMA MERBOK

28 Nov 2011-Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok dengan kerjasama Urusan Ulama PAS Merbok telah berjaya mengadakan Seminar ICT dan Media Baru yang menghimpunkan lebih daripada 50 orang aktivis PAS di seluruh kawasan Merbok.

DAURAH TARBIAH PAS KAWASAN MERBOK -30 NOV 2011

Daurah tarbiyyah PAS kawasan Merbok bagi kali yang kedua telah berjaya diadakan pada 30 hb Nov bertempat di Pusat Tarbiah PAS Merbok.Program yang bermula pada jam 8.30 malam tersebut telah diisi oleh wakil daripada Dewan Ulama PAS Negeri Kedah Al Fadhil Ust Lutfi bin Ariffin.Berbagai persoalan telah disentuh didalam motivasi beliau seperti persoalan istiqamah di dalam perjuangan,cabaran perjuangan PAS pada hari ini serta kewajipan ahli-ahli PAS melakukan persediaan untuk menghadapi pilihanraya kali ke 13 yang bakal tiba.Program yang dianjurkan oleh Urusan Ulama PAS kawasan Merbok tersebut turut dihadiri lebih dari separuh cawangan-cawangan seluruh Merbok.
 

blogger templates | Make Money Online