Thursday 21 July 2011

Dewan Ulamak Sokong Ketegasan Kedah Kuatkuasa Larangan Hiburan Ke Atas Orang Islam


Isnin, 18 Julai 2011 12:14 Webmaster DUPP .Ampang, 18hb Julai 2011 - Ketua Dewan Ulamak PAS pusat , Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib mengalukan-alukan tindakan tegas Kerajaan Negeri Kedah menguatkuasakan larangan hiburan yang berbentuk maksiat ke atas umat Islam di negeri itu pada bulan Ramadhan.

Menurut beliau, ini Ini adalah bersesuaian dengan tuntutan amar ma’ruf nahi munkar yang menjadi antara prinsip asas perjuangan PAS.

Tambah beliau lagi tindakan ini adalah selari dengan bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri. Kerajaan Kedah telah berjaya memainkan peranan penting dalam menjaga akhlak dan moral penganut Islam di negeri itu.

“ Saya menyeru kepada semua negeri-negeri lain yang dipimpin oleh UMNO mencontohi sikap serius kerajaan Kedah untuk menjaga akhlak dan moral penduduk Islam di negeri itu khususnya pada bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan” Ujar beliau ketika mengulas tindakan tegas Kerajaan Kedah menguatkuasakan larangan hiburan maksiat ke atas umat Islam di negeri itu khususnya pada bulan Ramadhan.

“ Alhamdulillah Kerajaan Negeri Kedah telah berjaya menggunakan peluang bidang kuasa yang telah diperuntukkan ke atasnya untuk melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar ke atas penduduk Islam di negeri itu, peluang ini tidak diambil oleh UMNO kerana matlamat perjuangan UMNO amat berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS” tambah beliau lagi.
.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online