Monday 26 December 2011

HIMPUNAN ASATIZAH DAN IMAM-IMAM AKTIVIS SERTA PENYOKONG PAS MERBOK

Pada 18 hb Disember 2011,Urusan Ulama PAS kawasan Merbok telah mengadakan program Himpunan Mesra para ustaz,ustazah,imam-imam dan para ulama di kalangan aktivis juga penyokong PAS sekitar kawasan Merbok.Program diadakan di dewan Omar Mokhtar,RFC Lagenda Height,Sungai Petani bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Program dimulakan dengan ucapan pengarah program,U



st Mohd Zahir bin Ghazali seterusnya ucapan aluan daripada Tuan Hj Munir bin Che Ahmad selaku wakil daripada AJK PAS Kawasan.

Antara pengisian sepanjang program adalah Ceramah dan motivasi oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kedah,Tuan Syeikh Mohammad bin Abdullah di samping sesi soal jawab bersama peserta.Berbagai persoalan telah dilontarkan oleh peserta dan dikongsi jawapannya oleh penceramah.Majlis diakhirkan dengan tazkirah oleh AJK Dewan Ulama PAS Pusat,Profesor Sulaiman.Majlis yang dihadiri hampir 50 orang peserta tersebut berakhir dengan jayanya.

Sunday 4 December 2011

PERANAN TARBIAH DI DALAM MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN

3 Dis 2011.Bertempat di markas PAS kawasan Pokok Sena,pemangku ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Merbok Ust Mohd Zahir bin Ghazali telah menyampaikan ceramah motivasi bertajuk "Peranan Tarbiah Di Dalam Mempertahankan Kemenangan" Program dianjurkan oleh Lajnah Tarbiah dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pokok Sena.Ijtima' tarbiah tersebut bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang turut diisi dengan berbagai pengisian dalaman bagi membina keperibadian dan kekuatan muslimat untuk mendepani cabaran perjuangan PAS yang semakin mencabar.

SEMINAR MEDIA BARU ANJURAN LAJNAH PENERANGAN DPPKM BERSAMA URUSAN ULAMA MERBOK

28 Nov 2011-Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok dengan kerjasama Urusan Ulama PAS Merbok telah berjaya mengadakan Seminar ICT dan Media Baru yang menghimpunkan lebih daripada 50 orang aktivis PAS di seluruh kawasan Merbok.

DAURAH TARBIAH PAS KAWASAN MERBOK -30 NOV 2011

Daurah tarbiyyah PAS kawasan Merbok bagi kali yang kedua telah berjaya diadakan pada 30 hb Nov bertempat di Pusat Tarbiah PAS Merbok.Program yang bermula pada jam 8.30 malam tersebut telah diisi oleh wakil daripada Dewan Ulama PAS Negeri Kedah Al Fadhil Ust Lutfi bin Ariffin.Berbagai persoalan telah disentuh didalam motivasi beliau seperti persoalan istiqamah di dalam perjuangan,cabaran perjuangan PAS pada hari ini serta kewajipan ahli-ahli PAS melakukan persediaan untuk menghadapi pilihanraya kali ke 13 yang bakal tiba.Program yang dianjurkan oleh Urusan Ulama PAS kawasan Merbok tersebut turut dihadiri lebih dari separuh cawangan-cawangan seluruh Merbok.

Sunday 27 November 2011

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1433

Urusan Ulama PAS Kawasan Merbok mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada seluruh ahli PAS di sekitar Merbok dan seluruh umat Islam di dunia.Semoga tahun 1433 yang baru kita pijaki memberikan sinar yang lebih baik kepada kita selaku umat Islam.

Saturday 26 November 2011

PAS CAWANGAN TAMAN SRI BAYU SG LALANG MENGAMBIL LANGKAH BIJAK

Tahniah kepada PAS cawangan Taman Sri Bayu kerana telah berjaya menyusun dengan begitu baik program demi program pembangunan ilmu seperti kuliah-kuliah agama mingguan, motivasi pelajar dan lainnya.Program-program tersebut berlangsung setiap minggu di markas PAS @ PASTI cawangan tersebut.
Menurut ajk PAS cawangan yg bertanggungjawab sdr Abd Hadi,kelas -kelas pengajian mingguan yang diadakan telah berjaya mendapat sambutan yang amat baik khususnya di sekitar taman perumahan tersebut.

Friday 25 November 2011

USRAH GABUNGAN PAS CAWANGAN SELURUH MERBOK

24-11-2011 Bertempat di dewan orang ramai Taman Peroda Utama,usrah gabungan PAS cawangan telah dijalankan setelah tamatnya program Munajat Hindari Bencana yang diadakan di Surau Mujahidin di lokasi bersebelahan.Pembentang dan pengisi program jemputan pada malam ini adalah Ust Ahmad Adnan bin Fadzil, AJK Dewan Ulama PAS Pusat.Antara pengisian yang disampaikan pada program tersebut adalah berkisar tentang syariat kemenangan Islam.Antara cawangan yang hadir pada malam tersebut adalah cawangan Sg Jagung,Sg Lalang,Sg Layar Sri Tanjung,Tasek Apong,Paya Nahu dan beberapa cawangan lainnya.Program diakhiri dengan persoalan-persoalan yang diajukan oleh peserta usrah kepada pembentang seperti isu berkaitan Syiah,masalah kepimpinan jamaah,peranan dewan ulama. Terima kasih kepada Ust Ahmad Adnan bin Fadzil dan terima kasih juga kepada semua wakil daripada PAS cawangan yang hadir menjayakan program.


MERBOK ADAKAN MUNAJAT HINDARI BENCANA

24-11-2011 Lajnah Tarbiah dan Urusan Ulama PAS KAwasan Merbok telah berjaya mengadakan program Munajat Hindari Bencana bertempat di surau Mujahidin Taman Peroda Utama, Sungai Petani. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjamaah seterusnya bacaan surah Yasin dan solat hajat. Bacaan surah Yasin dikhalifahkan oleh Ust Akmal Hizam manakala Ust Mutalib mengimamkan solat hajat.Ianya bersempena dengan isu bencana alam yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.Ramai pihak yang membuat persiapan dari sudut fizikal luaran namun Urusan Ulama PAS Merbok telah mengambil anisiatif memohon dan merayu kepada Pencipta segala Bencana iaitu Allah SWT supaya masyarakat kita dilindungi darpada berbagai ujian yang bakal menimpa.

SERAMAI 12 ORANG WAKIL KAWASAN MERBOK HADIR DI DALAM IJTIMA' PILIHANRAYA ULAMA HARAKI ZON UTARA

21 hb November 2011.


v>

Ijtima' Pilihanraya Ulama Haraki Zon Utara berjalan dengan begitu memotivasikan.Tahniah kepada Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah yang telah menyusun program yang begitu baik untuk membolehkan tenaga-tenaga para ustaz dan ulama-ulama yang bertebaran di seluruh negeri Kedah serta Pulau Pinang dan Perlis dapat dimaksimumkan sumbangan mereka kepada jamaah terutama dalam rangka gerakkerja pilihanraya.
Urusan Ulama PAS kawasan Merbok telah berjaya menghantar seramai 12 orang wakil bagi menjayakan ijtima' tersebut.Tahniah kepada semua perwakilan daripada Merbok. Semoga segala pendedahan dan ilmu pilihanraya yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan untuk jamaah dan perjuangan PAS.

Monday 21 November 2011

KERTAS KERJA SEMPENA IJTIMA 'PILIHANRAYA ULAMA HARAKI ZON UTARA -21 NOV 2011 -KOMPAS KEDAH

RIBAT MUJAHIDIN DALAM JIHAD PILIHANRAYA KE 13
Pendahuluan
Pilihanraya ke 13 yang bakal disertai oleh PAS merupakan salah satu kerja jihad semasa bagi gerakan Islam. Jihad ini menuntut pengorbanan dari para pejuang dari sudut harta, jiwa dan juga masa. Justeru, konsep Ribat fi Sabilillah (رباط) yang disebut di dalam al-Qur’an dan Hadis perlu diaplikasikan bagi memaksimakan penyertaan tenaga kerja pilihanraya seterusnya memaksimakan kemenangan Islam dalam memerintah Malaysia.

Konsep Ribat fi Sabilillah
Menurut pengarang kitab al-Muntaqa syarah Muwatta, Ribat pada asalnya bermaksud mengikat kuda untuk dimiliki.[2] Seterusnya ia digunakan dengan maksud-maksud berikut:
Pertama:
Mengikat Kuda Sebagai Persiapan Jihad Di Jalan Allah.
Menurut pengarang al-Muntaqa, maksud mengikat kuda di jalan Allah ialah mempersiapkannya untuk tujuan tersebut. Ia merupakan salah satu bentuk kebajikan yang mana pemilik kuda tersebut akan diberikan ganjaran walaupun dalam keadaan ia belum digunakan untuk jihad dan menyerang musuh kerana ia tergolong dalam sebahagian infaq di jalan Allah, sebagai persiapan jihad dan usaha untuk menggerunkan musuh (irhab). [3]
Menyiapkan kuda ini berlaku samada di tempat tinggal orang yang menyediakannya atau di luar dari tempat tinggalnya Sekiranya ia digunakan untuk berperang ia mendapat pahala jihad.

Dalilnya ialah firman Allah Taala:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ [ الأنفال : 60 ].
Maksudnya: Dan persiapkanlah bagi menghadapi mereka apa sahaja yang kamu mampu sama ada kekuatan dan juga kuda-kuda yang terikat, yang boleh kamu gunakannya untuk menggerunkan musuh Allah dan juga musuh kamu.”

Konsep Ribat ini termasuk dalam sebahagian infaq di jalan Allah. Konsep infaq pula dijelaskan oleh Allah Taala menerusi firman-Nya:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (البقرة: 261 )
Maksudnya: Bandingan mereka yang menginfaqkan harta-harta mereka di jalan Allah seperti bandingan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya mengandungi 100 benih, dan Allah menggandakan untuk sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah: 126)

Kedua:
Ribat Mengikat Diri Untuk Berada Di Perbatasan
Ribat ini bermaksud mengikat diri untuk menjaga perbatasan dan sempadan Negara Islam. Menurut Ibn Hajar al-`Asqalani, Ribat bermaksud melazimi tempat yang terletak antara orang Islam dan orang kafir untuk menjaga orang islam daripada musuh. [4]

Ribat ini dirujuk oleh firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang beriman, bersabarlah kamu, sama-samalah bersabar (berhadapan dengan musuh), lakukanlah ribat dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.
Kelebihan Ribat ini disebut dalam banyak hadis Nabi saw antaranya Hadis riwayat Imam Bukhari daripada Sahl bin Sa`ad al-Sa`idi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا[5]
Maksudnya: Ribat sehari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan isinya.
Muslim meriwayatkan daripada Salman al-Farisi r.a katanya, saya mendengar Rasulullah saw bersabda:
رِبَاطُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ خَيْرٌ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ وَإِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيْهِ عَمَلُهُ الَّذِي كَانَ يَعْمَلُهُ وَأُجْرِيَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ وَأَمِنَ الْفَتَّانَ [6]
Maksudnya: Ribat sehari semalam lebih baik daripada berpuasa dan mengerjakan qiyam selama sebulan. Dan sekiranya dia mati akan berterusanlah amalan yang sebelumnya sentiasa dilakukannya. Rezkinya pula akan diteruskan dan terselamat daripada para penguji (kubur).
Dalam riwayat Tirmizi daripada Salman al-Farisi menyebut Rasulullah saw bersabda:
رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ وَرُبَّمَا قَالَ خَيْرٌ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ وَمَنْ مَاتَ فِيهِ وُقِيَ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَنُمِّيَ لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ [7]
Maksudnya: Ribat sehari di jalan Allah lebih afdhal –mungkin beliau berkata – lebih baik – berbanding puasa dan qiyam selama sebulan. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan Ribat terselamat daripada ujian kubur dan dicambahkan untuknya amalannya sehingga ke hari Qiamat.
Nasaei pula meriwayatkan daripada Uthman bin Affan r.a bahawa Nabi saw bersabda:
إِنَّ رِبَاطَ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ يَوْمٍ مِمَّا سِوَاهُ فَلْيُرَابِطْ امْرُؤٌ حَيْثُ شَاءَ[8]
Maksudnya: Sesungguhnya Ribat sehari di jalan Allah lebih afdhal daripada seribu hari selainnya. Maka hendaklah melakukan ribat seseorang itu di mana sahaja dia mahu.
Ibn Abi Syaibah meriwayatkan daripada Makhul r.a bahawa Nabi saw bersabda:
تمام الرباط أربعون يوما[9]
Maksudnya: Kesempurnaan Ribat ialah 40 hari.

Ketiga :
Ribat Dalam Ibadah
Ribat dalam ibadah disebut di dalam hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:
أَلا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ[10]
Maksudnya: Mahukah kamu saya tunjukkan perkara yang dipadamkan oleh Allah dengan sebabnya segala kesalahan dan diangkat oleh Allah dengan sebabnya beberapa darjat, iaitu menyempurnakan wudu’ di waktu sukar, membanyakkan langkahan ke masjid-masjid dan menanti solat seterusnya selepas mengerjakan solat. Semua itu adalah Ribat.
Menurut Ibn Kathir, Ribat atau Murabatah ialah berkekalan dan tetap berada di tempat ibadah. Sebahagian ulama seperti Mujahid, Ibn Abbas, Sahl bin Hunaif mentafsirkannya sebagai menanti waktu solat selepas dikerjakan satu solat di masjid.[11]
Menurut Imam Nawawi, Ribat asalnya bermaksud menahan diri atas sesuatu. Seolah-olahnya dia menahan dirinya untuk melakukan ketaatan tersebut. Ada pandangan menyatakan ia merupakan sebaik-baik Ribat sepertimana dikatakan jihad itu ialah jihad menentang hawa nafsu.[12]


Pilihanraya Sebagai Wasilah Menegakkan Khilafah
Melantik pemerintah Islam yang akan menegakkan agama dan mentadbir Negara dengan agama adalah satu kewajipan yang telah disepakati oleh Sahabat Nabi saw dan para ulama. Dalilnya ialah ijma’ Sahabat melantik Khalifah selepas kewafatan Nabi saw.
Dalam konteks Malaysia, pilihanraya menjadi satu wadah yang dibenarkan menurut perundangan negara untuk memilih pemerintah. Pilihanraya akan menentukan sama ada pemerintah yang terpilih memerintah menurut al-Qur’an dan Hadis atau menurut hawa nafsu. Berasaskan kepada hakikat ini penglibatan gerakan Islam dalam pilihanraya merupakan satu keperluan semasa bagi memastikan negara diperintah menurut Islam. Penglibatan dalam pilihanraya merupakan satu jihad fi sabilillah.
Kaedah Fiqh menegaskan: sesuatu yang tidak sempurna kewajipan lain melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib. Dalam konteks semasa perundangan Malaysia harini menegakkan khilafah yang akan menegakkan agama dan mentadbir Negara dengan agama hanya boleh berlaku menerusi pilihanraya. Maka, penglibatan diri dalam pilihanraya adalah wajib.


Pilihanraya Wasilah Melaksanakan Jihad Menyatakan Kebenaran
Pilihanraya menjadi wasilah untuk menegur pemerintah yang khianat terhadap amanah kepimpinan dan melakukan kezaliman. Justeru, gerak kerja pilihanraya merupakan satu jihad fi sabilillah. Nabi saw bersabda:
أَلَا إِنَّ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءً يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقَدْرِ غَدْرَتِهِ أَلَا وَأَكْبَرُ الْغَدْرِ غَدْرُ أَمِيرِ عَامَّةٍ أَلَا لَا يَمْنَعَنَّ رَجُلًا مَهَابَةُ النَّاسِ أَنْ يَتَكَلَّمَ بِالْحَقِّ إِذَا عَلِمَهُ أَلَا إِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ[13]
Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat mempunyai bendera pada hari Kiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada orang awam. Ketahuilah janganlah kehebatan manusia menjadi penghalang bagi seorang lelaki memperkatakan kebenaran apabila dia mengetahuinya. Ketahuilah sesungguhnya sebaik-baik jihad ialah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim.


Ribat Dalam Gerakkerja Pilihanraya
Ketiga-tiga konsep Ribat di atas perlu dijelmakan dalam kerja-kerja Jihad melibatkan pilihanraya. Justeru Ribat dalam gerakkerja pilihanraya bermaksud
1. Menyediakan kelengkapan kerja-kerja pilihanraya melibatkan harta.
2. Mengikat diri untuk berada di medan pilihanraya sepenuhnya sekiranya mampu sepanjang tempoh kempen pilihanraya ke 13
3. Menyiapkan gerak kerja yang boleh menggerunkan musuh
4. Menjaga ibadah utama sepanjang tempoh kempen pilihanraya dengan menyempurnakan wudu’, bergerak ke markaz-markaz untuk mengerjakan solat berjamaah di markaz-markaz pilihanraya sepanjang tempoh kempen pilihanraya

Sirah Sahabat Dalam Ribat Harta
Sirah para sahabat menunjukkan kepada kita kesungguhan sahabat menyediakan kelengkapan perang yang melibatkan harta antaranya. Ketika berlangsungnya peperangan Tabuk, Othman yang sudah bersiap dengan kelengkapan unta dan barang dagangan telah mendermakan semua unta berjumlah beserta dengan muatan yang berada di atas untuk persiapan perang
Menurut hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi daripada Abd Rahman bin Hubab al-Sullami bahawa Uthman telaah menyediakan 300 ekor unta[14]. Menurut riwayat Abd Rahman bin Samurah, Uthman telah menyediakan 1000 dinar[15]. Riwayat yang lemah pula oleh Ibn `Adii daripada Huzaifah menyebut 10,000 dinar. Menurut Ibn Hajar barangkali ia bermaksud 10,000 dirham yang nilainya menyamai 1000 dinar ketika itu.
Abu Bakar menyerahkan semua hartanya bernilai 4000 dirham.[16] Umar pula memberikan separuh harta. Abd Rahman menyediakan separuh harta sebanyak 2000 dirham. [17] Sahabat yang tidak berkemampuan seperti Abu Uqail pula menyediakan setengah gantang kurma. Abu Khaithamah mempunyai 2 gantang kurma; separuh untuk keluarga dan separuh disediakan untuk perang.

Penutup
Penjelmaan konsep Ribat dalam pilihanraya ke 13 oleh para alim ulama merupakan saham besar kepada kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 13 insyallah. Para ulama boleh melaksanakan ketiga-tiga jenis Ribat yang telah dijelaskan. Saham utama mereka ketika Ribat ialah masa yang diperuntukkan untuk membuat penjelasan-penjelasan ilmu kepada orang-orang jahil, harta benda yang boleh disumbangkan dan ketulusan ibadah mereka sepanjang pilihanraya untuk menggamit kemenangan dikurniakan oleh Allah.


RUJUKAN
1. Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, http://www.al-islam.com
2. Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-`Azim, Dar Tayyibah, 1420/1999.
3. Al-Muntaqaa syarh al-Muwatta’, http://www.al-islam.com
4. Musannaf Ibn Abi Syaibah
5. Musnad Ahmad. http://www.al-islam.com
6. Nawawi, Syarah Sahih Muslim, http://www.al-islam.com
7. Sahih Bukhari
8. Sahih Muslim
9. Sunan Tirmizi
10. Sunan Nasaei
--------------------------------------------------------------------------

[1] Kertas ini disediakan oleh Ust. Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat sesi 2011-2012 untuk pembentangan dalam Ijtima’ Pilihanraya Ulama Haraki (HARAKI)anjuran Dewan Ulama PAS negeri-negeri dengan kerjasama Dewan Ulama PAS Pusat sepanjang November 2011. Ia dibentang untuk pertama kali dalam Ijtima’ Pilihanraya Ulama Haraki di peringkat negeri Terenggganu oleh Ust Dr. Khairuddin dan di peringkat Johor oleh Ust Dr. Ahmad Nazri Mansur yang berjalan serentak pada hari Sabtu 19hb November 2011.
[2] Al-Muntaqaa syarh al-Muwatta’, juz 3, hlm. 22, http://www.al-islam.com
[3] Ibid.
[4] Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, juz 9, hlm. 39.
[5] Hadis riwayat Bukhari, no 2678, juz 10, hlm 19, dan Tirmizi, no 1587, Bab Kelebihan Murabit, juz 6, hlm. 228.
[6] Hadis riwayat Muslim, no 3537, juz 10, hlm. 26
[7] Hadis riwayat Tirmizi No 1588, Bab Kelebihan Murabit, juz 6, hlm. 228. Menurut Abu Isa al-Tirmizi ianya Hadis Hasan.
[8] Hadis riwayat Nasaei, no 447, juz 10, hlm. 248
[9] Musannaf Ibn Abi Syaibah, Juz 4, hlm. 584. Maktabah Syamilah.


[10] Hadis Sahih Muslim, Bab Kelebihan menyempurnakan Wudu’, no 369, juz 2, hlm. 57. Dan juga riwayat Ibn Hibban, Abu Ya`la dan al-Bazzar dengan isnad yang sahih.
[11] Tafsir Ibn Kathir, Juz 2, hlm. 192. Dar Tayyibah, 1420/1999.
[12] Nawawi, Syarah Sahih Muslim, juz 1, hlm. 406, http://www.al-islam.com


[13] Hadis riwayat Ahmad, juz 22, hlm. 261. http://www.al-islam.com
[14] 300 ekor unta boleh dinilai harini dengan rm1.5 juta berdasarkan harga semasa seekor unta rm5000.
[15]1000 dinar bersamaan dengan rm859,000 menurut kiraan harini berdasarkan dinar emas Kelantan bernilai rm859 untuk 1 dinar.
[16] 4000 dirham ketika itu bersamaan dengan 400 dinar. Nilaian emas berdasarkan Dinar Emas kelantan pada hari ialah 400 x rm859=rm343,600.
[17] 2000 dirham ketika itu bersamaan dengan 200 dinar. Nilaian emas berdasarkan Dinar Emas kelantan pada hari ialah 200 dinar x rm859=rm171,800

Posted by Web Tarbiah PAS Kedah

Saturday 19 November 2011

PROGRAM MUNAJAT HINDARI BENCANA & USRAH GABUNGAN PAS CAWANGAN

Urusan Ulama PAS Kawasan Merbok akan mengadakan Program Munajat Hindari Bencana bertempat di surau Mujahidin, Taman Peroda Utama, Sg Petani pada tarikh 24 hb November 2011.
Program akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, bacaan surah Yasin dan solat hajat memohon masyarakat kita khususnya umat Islam di sekitar negeri Kedah dan Malaysia secara amnya terselamat daripada berbagai bencana alam pada hari ini.

Manakala selepas solat isya' berjamaah, usrah gabungan akan dijalankan di tempat yang sama.Penceramah dan pentazkirah yang dijemput khas di dalam usrah gabungan tersebut adalah Ust Ahmad Adnan bin Fadhil yang merupakan AJK Dewan Ulama PAS Pusat.


Semua ahli-ahli dan aktivis PAS serta masyarakat sekitar dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.

Admin:Urusan Ulama PAS Merbok

URUSAN ULAMA MERBOK AKAN TURUT SERTA DI DALAM IJTIMA PILIHANRAYA ULAMA HARAKI

Urusan ulama Pas Kawasan Merbok akan menghantar peserta seramai 12 orang ke Ijtima' Pilihanraya Ulama Haraki Zon Utara yang bakal berlangsung pada tarikh 21 hb November 2011 di Komplek PAS Kedah Bt 9,Kota Sarang Semut Alor Setar Kedah. Program yang akan bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari tersebut dijangka menghimpunkan seramai lebih kurang 300 orang ulama dan para ustaz aktivis PAS bagi 3 negeri iaitu Perlis,Kedah dan Pulau Pinang.
Semua wakil dari ulama PAS Merbok diminta menghubungi Ust Mohd Zahir bin Ghazali bagi urusan pendaftaran dan perkara yang berkaitan.


Urusan Ulama PAS Kawasan Merbok mengucapkan Selamat Berijtima' kepada semua perwakilan yang akan mewakili kawasan Merbok di dalam Ijtima; tersebut.

Sunday 13 November 2011

MULTAQA PENDAKWAH PAS SEMALAYSIA

PAS kawasan Merbok turut menghantar peserta bagi menjayakan program Multaqa Pendakwah PAS yang diadakan pada 12 hb November 2011.



PELANCARAN KULIAH MOVIE PAS KAW MERBOK (TAYANGAN SLIDE KULIAH2 TERPILIH DARI PENDAKWAH TERKEMUKA TANAHAIR)

Urusan Ulama PAS kawasan Merbok telah melancarkan kuliah movie buat kali pertama bertempat di surau Nur Alam Kg Perak B pada 9 hb November 2011.Hadirin berpeluang mendengar kuliah-kuliah pilihan daripada pendakwah yang begitu popular pada hari ini di tanahair,Ust Azhar bin Idrus.Program akan diadakan di surau dan masjid terpilih seluruh kawasan parlimen Merbok berdasarkan permintaan juga keperluan daripada pihak surau dan masjid.

Saturday 5 November 2011

URUSAN ULAMA PAS MERBOK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SELURUH AHLI,AKTIVIS PAS DAN SEMUA UMAT ISLAM.

Semoga ibadah korban turut menyemarakkan semangat pengorbanan kita untuk Islam.

Puasa Hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah)


Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditany...a tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]

Allahu a’lam bisshawab..

——————————————————

[1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

[2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.
Kelab Diskusi Ilmiah

Tuesday 1 November 2011

MESYUARAT DEWAN ULAMA PAS KEDAH BERSAMA KETUA-KETUA URUSAN ULAMA PAS KAWASAN

1HB NOV 2011
KOMPLEK PAS KEDAH (KOMPAS)

Dewan Ulama PAS Kedah bersama Urusan Ulama kawasan-kawasan berazam akan terus menggerakkan masyarakat untuk bersama dengan PAS dan mempertahankan kerajaan negeri Kedah di dalam pilihanraya umum kali yang ke 13.

DAURAH TARBIAH PAS KAWASAN MERBOK

Lajnah Tarbiah Bersama Urusan Ulama PAS kawasan Merbok dengan kerjasama Dewan Ulama PAS negeri Kedah telah berjaya menganjurkan Daurah Tarbiah PAS kawasan untuk pertama kalinya pada 26 hb Oktober 2011. Program yang diadakan di Pusat Tarbiah PAS Merbok(PUTIM) tersebut dihadiri lebih dari 100 orang aktivis dan petugas jamaah dari cawangan-cawangan PAS seluruh kawasan Merbok.
Majlis diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh Ketua Ulama JPN Kedah,Ust Yusof Bin Awang yang bertajuk Menuju Kejayaan. Berbagai isu-isu dalaman serta motivasi kerja telah disampaikan oleh beliau ternyata berjaya menyuntik semangat kerja di kalangan petugas-petugas PAS untuk mengangkat Islam di tempat tertinggi.Program bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.

PIMPINAN PAS CAWANGAN DIHARAPKAN DAPAT MENGANJURKAN USRAH BULANAN

Alahamdulillah,menjelang November 2011, 1/3 cawangan-cawangan PAS seluruh kawasan Merbok telah berjaya menjalankan usrah bulanan di cawangan masing-masing. Antara teks usrah yang digunakan adalah Mengenali Sejarah dan Perjuangan PAS dan perbincangan isu-isu semasa berkaitan PAS cawangan dan lainnya. Tahniah kepada semua cawangan yang telah berjaya menyusun usrah di cawangan masing-masing.
Usrah Aman Jaya Zon Anggerik
Usrah Cawangan Taman Sri Bayu
Usrah Cawangan Taman Peroda
USRAH CAWANGAN TAMAN RIA & TAMAN RIA FASA 1

USRAH CAWANGAN KG PERAK

USRAH BULANAN KETUA,SETIAUSAHA DAN MKK PAS BAGI CAWANGAN2 SELURUH DUN BUKIT SELAMBAU KALI KE 3

19 OKTOBER 2011
TAMAN PAHLAWAN ,TASEK APONG SUNGAI PETANI
Hampir keseluruhan ketua-ketua PAS cawangan dari DUn Bukit Selambau telah berjaya dihimpunkan di dalam usrah yang diadakan tersebut.Antara topik perbincangan dan teks usrah adalah berkaitan dengan rukun bai'ah yang kedua dan ketiga Imam Syahid Hassan Al Banna iaitu "Al Ikhklas dan Al Amal" Ahli-ahli usrah juga turut membincangkan sejarah perjuangan Ust Abu Bakar Al Bakir,seorang ulama di Malaysia yang begitu berjasa di dalam pembangunan jamaah Islam di negara kita.
pWoKI/AAAAAAAAASQ/jVAVWQChwBE/s320/20%2Boktb%2B022.JPG" />

BENGKEL PEMANTAPAN PAS CAWANGAN-CAWANGAN SELURUH KAWASAN MERBOK

Bertempat di Chalet pekan Merbok ,PAS kawasan Merbok telah berjaya mengadakan Bengkel Pemantapan Kepimpinan PAS cawangan-cawangan untuk kali yang pertama.Program yang diadakan pada 8 hb Oktober 2011 mendapat sambutan yang begitu baik dari kalangan cawangan-cawangan PAS. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 ptg melibatkan ketua,setiausaha,MKK,ketua serta setiausaha pemuda/muslimat PAS cawangan-cawangan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah latihan dalam kumpulan di mana pemimpin PAS cawangan berbincang tentang cabaran serta permasalahan di cawangan masing-masing serta perancangan strategi bagi membangunkan PAS cawangan ke arah yang lebih baik. Di akhir program setiap kumpulan yang dibentuk telah berjaya tampil di dalam sesi pembentangan kumpulan dengan begitu bersemangat untuk meneruskan perjuangan PAS di cawangan masing-masing demi untuk mempertahankan kemenangan yang sedia ada dan memastikan PAS terus mencapai kejayaan yang cemerlang.

PAS kawasan Merbok mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan-pimpinan PAS di semua peringkat yang telah sama-sama menjayakan program tersebut.
 

blogger templates | Make Money Online