Sunday 15 April 2012

SEMINAR NUQABA' PAS SELURUH KEDAH

TAMRIN GEMPUR PILIHANRAYA MTD BUKIT SELAMBAU

MTD Bukit Selambau telah mengadakan Tamrin Gempur Pilihanraya bagi Dun Bukit Selambau bertempat di Chalet Puncak Beris,Sik.Program menghimpunkan semua AJK MTD serta seluruh Ketua dan Setiausaha UPU seluruh Dun Bukit Selambau.Berbagai acara yang diadakan seperti perbincangan pengukuhan UPU,penyususnan gerakkerja serta muhasabah perjuangan.Para peserta begitu bersemangat untuk terus bekerja mem


pertahankan kemenangan PR di Kedah seterusnya menghambat kemenangan Putra Jaya.

TAMRIN PENINGKATAN THAQAFAH DAN TARBIAH PAS KAWASAN MERBOK

Bertempat di Chalet Puteri Ayu ,Yan Kedah.
Tarikh 10-11 hb April 2012

Lajnaah Tarbiah dan Kepimpinan PAS KAwasan Merbok telah mengadakan program tamrin khusus untuk kepimpinan dan ahli-ahli PAS seluruh kawasan Merbok di mana program tersebut telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan.Program bermula dengan solat maghrib secara berjamaah seterusnya program dirasmikan oleh YB Cikgu Mohd Zuki ADUN Kuala Ketil.Seterusnya peserta dihidangkan pembentangan kertas kerja 1 oleh Ust Mohd Lutfi Bin Ariffin bertajuk "Pengorbanan Untuk Islam".Antara pengisian yang lain adalah Perbincangan Berkumpulan berkaitan dengan t










anggungjawab ahli-ahli pergerakan Islam.Para peserta turut sama-sama menghidupkan malam dengan qiamullail dan zikir untuk membangunkan jiwa pejuang-pejuang Islam.Selepas solat subuh para peserta diisi pembentangan kertas kerja kedua oleh Ust Abd Halim Nasir (Lajnah Tarbiah PAS Caw Bandar Laguna Merbok) bertajuk "Mewakafkan Diri Untuk Islam Satu Kewajipan"Manakala pada hari kedua para jamaah terus dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja ilmiah oleh Ust Ahmad Bin Yahya (Ketua DPPNK) bertajuk Tahallluf Siyasi dan diakhirkan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk "Memahami Konsep Negara Berkebajikan" yang disampaikan oleh Ust Ahmad Adnan Bin Fadzil. Tahniah kepada semua urusetia dan cawangan-cawangan yang terlibat dan juga kepada PAS cawangan Bandar Laguna Merbok yang menjadi penganjur bersama tamrin pada kali ini.

Monday 5 March 2012

PELANCARAN GERAKKERJA PILIHANRAYA URUSAN ULAMA KAWASAN MERBOK DAN URUSAN ULAMA MTD TG DAWAI SERTA BKT SELAMBAU

Program Pelancaran Gerakkerja Urusan Ulama PAS kawasan Merbok bersama Urusan Ulama MTD Tg Dawai serta MTD Tg Dawai telah berjaya diadakan pada 5 hb Mac 2012 bertempat di Madrasah Az Zubaidiyah,Merbok.Program bermula pada jam 9.00 malam tersebut melibatkan semua ketua-ketua urusan ulama seluruh UPU di dalam parlimen Merbok.Program dimulakan dengan pembentangan gerakkerja Urusan Ulama UPU bermula pada malam tersebut seterusnya gerakkerja yang bakal dilakukan setelah pembubaran parlimen.Seterusnya program dirasmikan oleh Ust Yusof bin Awang yang merupakan ketua Urusan Ulama bagi JPN Kedah.Ust Yusof memberikan motivasi kepada seluruh peserta agar terus bekerja untuk memenangkan perjuangan Islam dan merancang serta melaksanakan strategi dengan sebaik mungkin.

SOLAT SUBUH-ANTARA PEMANGKIN KEKUATAN UMMAH

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh

www.tayibah.com

Wednesday 22 February 2012

DAURAH TARBIAH BULANAN PAS KAWASAN MERBOK BERLANGSUNG DGN PENUH MOTIVASI

Hampir 100 orang ahli dan aktivis PAS telah menghadiri Daurah Tarbiah PAS yang diadakan di markas PAS Bukit Selambau pada 22 hb Feb 2012. Penceramah ,Ust Lutfi Bin Ariffin telah membentangkan kertas kerja bertajuk "Ke Arah Kemenangan". Antara isi kandung pengisian cramah beliau memperkatakan di antara asas kekuatan yang perlu dimiliki dan difahami oleh ahli-ahli an aktivis parti yang memperjuangkan Islam. Antaranya 1)Liqa' 2) Thubut 3)Zikir 4)Taah 5) Munazaah.

Tuesday 21 February 2012

DAURAH TARBIAH BULANAN PAS KAWASAN MERBOK BULAN FEB 2012

Semua ahli,penyokong,aktivis serta pemimpin-pemimpin PAS semua peringkat di seluruh kawasan Merbok di jemput ke Program Daurah tarbiah Bulanan PAS kawasan Merbok pada malam ini 22 hb Feb 2012 bertempat di Markas PAS cawangan Pekan Bukit Selambau bermula dengan solat isya berjamaah.Penceramah:Ustaz Lutfi bin Ariffin,AJK DUPNK.
 

blogger templates | Make Money Online