Monday 25 July 2011

PROGRAM TARBAWI HIMPUNAN ISTERI-ISTERI AKTIVIS PAS SELURUH KAWASAN MERBOK





22hb Julai 2011.
Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Merbok dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS kawasan Merbok telah berjaya mengadakan program yang menghimpunkan seluruh para isteri aktivis dan pemegang jawatan di dalam PAS kawasan Merbok samaada di peringkat cawangan,UPU,pemuda,MTD dan kawasan.
Program bermula pada jam 3 ptg hingga 5 ptg tersebut telah diadakan di Pusat Tarbiah PAS Kawasan Merbok(PUTIM).Peserta program yang julung-julung kali diadakan tersebut telah disajikan dengan ceramah motivasi oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad bin Yahya,Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.Di antara isi kandungan ceramah beliau,para isteri seharusnya merasa bangga dan bertuah kerana mempunyai suami yang terlibat dengan jamaah dan parti Islam Semalaysia PAS kerana mereka adalah pilihan Allah SWT.Di samping itu beliau juga menekankan tentang peranan para isteri di rumah bagi menyemarakkan lagi semangat dan gerakkerja para suami di dalam parti.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online