Sunday 26 June 2011

PELANCARAN USRAH CAWANGAN PAS KAWASAN MERBOK

Sempena seminar kepimpinan PAS kawasan Merbok yang diadakan pada 25 hb Jun 2011 yang lalu,pihak Lajnah Tarbiah dan Urusan Ulama PAS kawasan telah melancarkan usrah bagi cawangan-cawangan PAS seluruh kawasan Merbok.Pelancaran tersebut telah dilaksanakan oleh setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah,Ust Zainal Asri bin Ramly.Pelancaran tersebut juga telah diiringi dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Seramai hampir 140 orang pimpinan-pimnpinan PAS diperingkat cawangan ,kawasan,dewan pemuda,dewan muslimat,urusan ulama dan mtd telah hadir sebagai peserta. Menurut pengerusi lajnah tarbiah PAS kawasan Merbok,Ust Fakhruddin bin Fakhrurazzi, usrah-usrah tarbiah di setiap cawangan akan mula dijalankan dengan secepat mungkin dengan kerjasama dari pihak PAS cawangan sendiri.Beliau yang juga merupakan timbalan YDP PAS kawasan Merbok juga amat mengharapkan usrah yang dijalankan akan mampu melahirkan kepimpinan PAS yang mampu memikul tanggungjawab yang besar di dalam jamaah dan parti.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online