Friday 17 June 2011

LIQA NUQABA' PAS KAW MERBOK

Alhamdulillah,liqa nuqaba' yang pertama gabungan Lajnah Tarbiah dan Urusan Ulama PAS kawasan Merbok telah berjaya diadakan untuk kali pertama bagi sesi ini.Pertemuan dilangsungkan pada 16 hb Jun 2011 bertempat di markas PAS cawangan Bandar Laguna Merbok.Ust Yusof bin Mahmud yang merupakan naib ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah telah memberikan pengisian yang cukup bermakna di samping sesi soal jawab berkaitan isu-isu semasa dakwah dan sebagainya.
Turut dibincangkan adalah berkaitan perancangan usrah PAS cawangan-cawangan yang bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.Ust Fakhruddin bin Hj Fakhrurazi yang memikul amanah pengerusi lajnah tarbiah PAS kawasan Merbok turut memberikan taujihat di dalam pertemuan tersebut.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online