Thursday, 19 May 2011

15 MEI SEBAGAI PERINGATAN HARI NAKBA




Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948.[1][2] Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.

Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, [3] dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan[4]. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab.[5] Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003)[6] dan bandar raya New York (2004).[7]

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online