Tuesday 16 August 2011

PROGRAM DEWAN ULAMA PAS NEGERI TURUN KAWASAN MERBOK

11 ogos 2011
Pas Kawasan Merbok mengucapkan terima kasih kepada Dewan Ulama PAS Negeri Kedah di atas kunjungan wakil daripada DUPNK ke kawasan Merbok.DUPNK yang diwakili oleh pengerusi ulama pelapis negeri Kedah Ustaz Nizom bin Noh juga telah menyumbang sebanyak 10 hamper untuk edaran kepada mereka yang berkaitan di sekitar parlimen Merbok.Program yang diadakan di surau Mujahidin Taman Peroda Utama Sg Petani itu bermula dengan tazkirah oleh beliau seterusnya majlis iftor beramai-ramai.Program dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS cawangan-cawangan seluruh kawasan Merbok.

Di sesi malam pula,Ust Nizom Bin Noh telah menyampaikan tazkirah beliau di surau Al Islah ,Taman Sri Tanjung Sungai Layar,Sg Petani.






TAKLIMAT PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH PAS KAWASAN MERBOK

10 OGOS 2011
Pas Kawasan Merbok telah mengadakan majlis taklimat berkaitan pembayaran zakat fitrah anjuran PAS Kawasan Merbok bertempat di Pusat Tarbiah PAS Merbok(PUTIM).Program bermula dengan ucapan setiausaha PAS Kawasan Merbok,Tuan Hj Abd Halim Bin Abdullah.Seterusnya taklimat khas telah disampaikan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Merbok Ust Fakhruddin Bin Hj Fakhrurazzi.Majlis s
eterusnya diisi dengan tazkirah serta motivasi perjuangan oleh Pemangku Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Merbok Ust Mohd Zahir Bin Ghazali. Lebih 50 orang wakil-wakil yang dilantik oleh pihak PAS cawangan telah hadir menjayakan program tersebut yang bermula jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 4.30 ptg.

 

blogger templates | Make Money Online